Tips Memandu yang betul

4 Tip Untuk Pemanduan Selamat :-

KETIKA memandu di jalan raya, kita perlu menerapkan satu perkara yang paling asas di fikiran. Kita tidak keseorangan. Jalan raya adalah tempat yang digunakan secara bersama, maka sama ada anda memandu sebuah kereta murah atau mahal, ia merupakan lorong yang kita semua wajib patuhi. Jalan raya direka dengan sistem dan undang-undang. Kenderaan juga begitu, datang dengan sistem. Jadi apabila sistem tidak dipatuhi, kemalangan dan kesesakan akan terjadi. Nilai sendiri kualiti pemanduan anda. Setiap orang memiliki daya kepekaan berbeza sewaktu memandu. Perbezaannya adalah kepekaan dan teknik memandu.

Pandu Secara Konsisten

Pastikan anda memandu secara konsisten, tidak kiralah agresif atau tidak. Ini perlakuan yang baik bagi membantu pemandu lain menjangka pergerakan anda. Jangan memandu sambil bermain/melihat telefon bimbit. Banyak padahnya jika tidak memandu dengan konsisten dan tidak fokus, atau dengan kata lain memandu seperti orang yang tiada pedoman. Hal ini penting dan harus diamalkan bagi mengelakkan pemandu lain di sekeliling tidak terkejut dengan perubahan perilaku pemanduan anda.

Kelajuan Yang Betul

Perhatikan had laju dan memandulah antara had yang dibenarkan. Sebagai contoh, jika had kelajuan di lebuh raya ialah 90km/j dan majoriti pemandu lain memandu di antara 90 hingga 110 km/j, janganlah anda memandu 90km/j di lorong paling kanan. Had kelajuan maksima yang tertera di lebuhraya ialah 110 km/j, anda dinasihatkan mengikut kelajuan yang sesuai. Hendaklah sentiasa memandu di sebelah kiri (lorong di sebelah luar) lebuhraya. Lorong sebelah dalam hanya untuk memotong. Jangan jadi pemandu yang pentingkan diri sendiri.

Brek Dengan Perlahan

Ketika mengekori kenderaan dari belakang dalam cubaan untuk memotong dalam kelajuan 60km keatas,anda perlu menekan pedal brek untuk memperlahankan kenderaan. Jika anda perlu membrek, tekan dengan perlahan. Sebagai anggaran untuk masa membrek yang praktikal, lihat kereta selang kereta di hadapan anda. Membrek secara mengejut merupakan perbuatan berbahaya.Jika keadaan trafik memaksa anda membrek secara mengejut cuba cari ruang lega di hadapan agar kenderaan di belakang anda mempunyai masa yang cukup untuk membrek.

Beretika

Pemandu haruslah memiliki sifat positif seperti hormat-menghormati antara satu sama lain, bertimbangrasa, dan cermat. Memandu secara bertanggungjawab dan bersopan. Menjadi contoh dan teladan kepada pemandu lain. Dapat mengawal emosi dan perasaan ketika memandu. Memandu dalam keadaan yang tenang. Tidak mudah marah atau tersinggung apabila pemandu lain bertindak negatif.